Teknik Menyoal Aras Tinggi
Teknik Menyoal Aras Tinggi
- William Wilen dari Kent State University, USA telah menyatakan bahawa seseorang pelajay yang bertanya adalah seseorang yang berfikir.
- Kindsvatter (1992): sekiranya soalan yang ditanya beraras kognitif tinggi, bermakna ia sedang berfikir pada aras yang tinggi.
- Soalan merupakan alat berfikir yang sering digunakan dalam bilik darjah. Ia boleh digunakan sebagai alat rangsangan untuk mendapatkan maklumat, meninjau kefahaman, mencungkil minat, menilai kebolehan dan pencapaian seseorang. Justeru, usaha untuk meningkatkan KBKK soalan yang berasas tinggi harus diperkembangkan.
- Soalan yang ditanya haruslah berdasarkan kata tanya, iaitu “5W1H”.
- Aras kognitif rendah: What (Apa), Who (Siapa), Where (Di mana), When (Bila)
- Aras kognitif tinggi: Why (Mengapa), How (Bagaimana)
Tujuan:
- melibatkan pelajar dalam pelajaran
- memperkembang proses berfikir
- mengumpul dan menganalisis maklumat
- menggalakkan cetusan dan penggunaan idea
- menimbulkan minat
- memotivasikan pelajar
- mengenal pasti objektif pengajaran tercapai
- menilai kemajuan pembelajara
Kaedah Socratik
- Soalan dikemukakan supaya mereka berfikir, menyusun dan menyedari pengalaman yang telah ada pada mereka, menjawab soalan dan seterusnya membuat kesimpulan.
- Pelajar harus memahami dengan jelas aras soalan mengikut Taksonomi Bloom agar mereka dapat mengemukakan soalan pada aras tinggi.
- Pemikiran aras rendah: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi
- Pemikiran aras tinggi: Analisis, Sintesis, Penilaian
Soalan Bertumpu dan Bercapah
Soalan Bertumpu
|
Soalan Bercapah
|
Aras rendah.
|
Aras tinggi.
|
Jawapan atau respon terhad.
|
Jawapan atau respon luas.
|
Berbentuk tertutup.
|
Berbentuk terbuka.
|
Sesuai menguji daya ingatan.
|
Sesuai menguji penaakulan dan penafsiran.
|
Lebih bersifat objektif.
|
Lebih bersifat subjektif.
|
Jawapan betul atau salah.
|
Memerlukan pelbagai jenis jawapan yang betul.
|
Memerlukan sebab dan penjelasan.
|
Proses penilaian membuat keputusan tentang ketepatan, kebaikan atau
kesesuaian maklumat.
|
Contoh:
|
Contoh:
|
Lingkaran Soalan
Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang
memberi tumpuan kepada skop-skop tertentu:
- Perkara (P): merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks.
- Individu (I): merujuk kepada individu yang terlibat.
- Luar individu (LI): merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan luar negara.
Contoh lingkaran soalan
- P: Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim.
- I: Pada pendapat anda, buah-buah apakah yang mempunyai potensi untuk dieksport secara besar-besaran.
- LI: Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Malaysia?
Contoh gabungan lingkaran soalan
- P+I (Perkara+Individu): Pada pendapat anda (I), bagaimanakah industri pemprosesan getah (P) dapat dimajukan?
- I+LI (Individu+Luar individu): Pada pendapat anda (I), mengapakah kerajaan Malaysia perlulah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar (LI)?
- P+LI (Perkara+Luar individu): Apakah perbezaan antara barangan buatan tempatan (P) dengan barangan buatan luar negara (LI)?
- P+I+LI (Perkara+Individu+Luar individu): Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-buahan negara bukan tropika (LI). Adakah anda (I) bersetuju dengan pendapat ini? Beri alasan anda.
Comments
Post a Comment