Pemetaan i-Think

Pemetaan i-Think

  • i-Think bermaksud pemikiran inovatif yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran belajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif.
  • Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah, iaitu di 6 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Sebab penciptaan pemetaan i-Think?

  • Kajian yang telah dijalankan oleh TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan PISA (Programmes for International Student Assessment) mendapati bahawa kedudukan Malaysia semakin menurun dalam sebjek bahasa, Sains dan Matematik.
  • Menurut kajian tersebut, kebanyakan pelajar pada hari ini hanya mempunyai pengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasinya. Pelajar perlulah dilatih untuk membuat analisis dan perbincangan.
  • Program i-Think bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan berdaya saing demi menyesuaikan diri dan menangani pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Terdapat lapan peta dalam pemetaan i-Think

  • Peta dakap digunakan untuk menganalisis sesuatu objek fizikal.
  • Peta ini boleh digunakan untuk menyenaraikan komponen atau bahagian kecil sesuatu objek.
  • Peta alir boleh digunakan untuk membuat aliran, susunan, kronologi, siri, kitaran, plot dan proses sesuatu perkara.
  • Peta pelbagai alir digunakan untuk menjelaskan sebab dan akibat sesuatu perkara.
  • Peta titi boleh digunakan untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan proses perhubungan.
  • Peta bulatan digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
  • Peta ini boleh digunakan untuk menjana idea, mengaitkan pengetahuan sedia ada, membuat gambaran awal topik dan membuat rumusan.
  • Peta buih digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti dan menunjukkan kualiti.
  • Peta ini boleh digunakan dalam menjelaskan sifat sesuatu perkara dengan menggunakan kata deskriptif dan huraian.
  • Peta pokok digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
  • Peta ini boleh digunakan untuk membahagikan sub-topik, memberi contoh dan menjelaskan huraian.
  • Peta buih berganda digunakan untuk membuat perbandingan dari segi persamaan dan perbezaan antara dua perkara.




Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN GRAFIK

Alat-alat CoRT

Pengenalan Alat-alat Berfikir