Alat-alat CoRT
piano
KEMAHIRAN BERFIKIR Alat CoRT 1
Pengenalan
• Edward de Bono yang
dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean
• Berkelulusan D.Phil.
Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D. dari Universiti Cambridge
• Program CoRT juga dikenali
sebagai Cognitive Research Trust
v Bahagian-bahagian CoRT
:
• CoRT 1: keluasan persepsi
• CoRT 2: organisasi proses
berfikir
• CoRT 3: interaksi, argumen,
pemikiran kritis
• CoRT 4: pemikiran kreatif
• CoRT 5: maklumat dan
perasaan
• CoRT 6: tindakan Bahagian-bahagian
CoRT :
v Tujuh teknik asas CoRT 1
Jadual tujuh teknik asas CoRT
1:
Komponen CoRT 1
|
Tujuan berfikir
|
Kaedah & langkah
|
Contoh tajuk perbincangan
|
|
1
|
PMI . Plus,Minus,Interestin g. Baik, Buruk, Menarik
|
Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi
beremosi. Mengembangkan idea
|
P: senaraikan semua yg baik M: senaraikan semua yang
buruk
I: senaraikan semua yg menarik
Apakah keputusan atau penilaian tentang tajuk yg dikaji?
|
1. Komputer menggantikan guru dalam sekolah
2. Kereta direka supaya boleh terbang semasa jalan raya
sesak
3. Sains diajar di luar bilik darjah
|
2
|
CAF ( consider all factors)
|
Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan
menyeluruh. Elakkan terlupa faktor yang penting.
|
Senaraikan semua faktor yang berkaitan. Pertimbangkan
setiap faktor. Apakah keputusan selepas pertimbangan sewajar dibuat?
|
1. Apakah kegiatan kokurikulum yang anda ingin ikuti?
2. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari jadi bapa anda?
|
3
|
C & S ( consequence & sequel)
|
Menjangka apa yg akan berlaku selepas sesuatu cadangan
dijalankan. Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.
|
Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya? Apakah risiko
yang mungkin dihadapi? Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan pendek?
Adakah cadangan berkenaan baik?
|
1. Buku teks dihapuskan di sekolah 2. Latihan setiap pelajar
dibuat melalui hubungan komputer dengan guru (on-line)
|
4
|
AGO ( Aims, Goals, Objectives )
|
Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya
matlamat tercapai. Elakkan perkara yang tidak berkenaan
|
Apakah AGO rancangan? Adakah tindakan terkeluar daripada
AGO? Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai?
|
1. Apakah AGO hidup anda? 2. Apakah AGO mengadakan
sekolah satu sesi?
|
5
|
FIP ( First, Important, Prioriti )
|
Mengambil kira perkara-perkara yg penting. Menentukan
prioriti. Elakkan perkara yg tidak patut diutamakan.
|
Apakah perkaraperkara yg pentng? Antara perkara-perkara
ini, yang mana paling penting? Apakah prioriti yang diperlukan tindakan
segera?
|
1. FIP semasa memilih pasangan hidup.
2. Apakah strategi pengajaran pembelajaran sejarah yg
paling baik?
|
6
|
APC ( Alternatives, Possibilities, Choices )
|
Memikirkan beberapa perkara dengan serentak. Menentukan
pilihan yg terbaik. Elakkan pemikiran sehala sahaja.
|
Apakah cara-cara yg berlainan utk menyelesaikan masalah
ini? Apakah baik buruk cadangan tersebut? Yang manakah cadangan yg paling
baik?
|
1. Bagaimana memilih ketua kumpulan sedangkan ahli-ahli
masih tidak mengenali antara satu sama lain.
2. Peperiksaan dihapuskan. Cari APC.
|
7
|
OPV ( Other People’s Views )
|
Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat
keputusan. Elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri.
|
Apakah idea diri akan mempengaruhi orang lain? Bagaimana
orang lain memandang idea anda? adakah idea anda bernas dan harus dijadikan
tindakan?
|
1. Semua kegiatan sosial dihentikan selepas 9 malam. 2.
Rancangan TV dari luar negeri diharamkan.
3. Gaji guru harus melebihi gaji pegawai kerajaan yang
lain sebanyak 50%.
|
ALAT-ALAT CORT IV (PEMIKIRAN KREATIF)
Berfikir Kreatif
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan
idea yang tidak terhad, pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar,
mudah ubah, dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka.
• Pemikiran kreatif berfungsi
memperluas dan memperkembang daya imaginasi inovasi dan kreativiti untuk
mendapatkan idea yang banyak, pelbagai dan baru.
Komponen CORT IV
1. Ya , Tidak , Po
2. Batu Loncatan (Stepping Stone )
3. Input Rawak ( Random Input )
4. Cabaran Konsep
5. Idea Dominan
6. Takrifkan Masalah
7. Singkirkan Kecacatan
8. Kombinasi
9. Keperluan
10. Penilaian
YA
,TIDAK , PO (YES, NO & PO)
PO (
Supposition/Andaian) (Hypothesis/Idea belum dibuktikan-diguna untuk
merangsang fikiran)
·
Kalau sesuatu benar atau betul, kata
“Ya”
·
Kalau sesuatu salah atau palsu, kata
“Tidak”
·
Kalau anda menganggap sesuatu
sebagai idea, khayalan atau cadangan kreatif, kata “PO”
BATU
LONCATAN (STEPPING STONE)
·
Idea yang berani dijadikan sebagai
batu loncatan unutk mendapat idea (kreatif) yang baru.
·
*PO : kedua-dua pelajar mesti
memenangi acara baling gasing.
·
Idea ini mungkin kedengaran bodoh,
tetapi boleh menjadi batu loncatan untuk idea kreatif: bahagikan acara kepada
dua pusingan. Maka kedua-dua pelajar boleh menang.
INPUT
LAWAK (RANDOM INPUT)
·
Mengaitkan dua perkara yang tidak
berkaitan secara rawak untuk mencetus idea-idea baru.
·
“Buku PO durian”
Buku dicipta supaya mempunyai pangsa
seperti durian. Setiap bab disimpan dalam pangsa berasingan. Keluarkan pangsa
buku untuk dibaca. Simpan kembali bab dalam Pangsa selepas membaca.
CABARAN
CONCEPT (CONCEPT CHALLENGE)
·
Memilih satu konsep, cabar konsep
itu untuk memastikan sama ada hanya satu cara untuk membuat sesuatu. Apakah
cara-cara alternatif?
·
Konsep: “Teksi berjalan mengikut
bilangan pemandu yang ditetapkan”
·
Alternatif: Teksi menunggu penumpang
cukup dan berjalan apabila penumpang cukup.
IDEA
DOMINAN (dominant idea)
·
Dalam sesuatu situasi, terdapat satu
idea dominan (paling mustahak). Elakkan daripada idea-idea ini dan mencari
idea-idea baru
·
Idea dominan bagi sesuatu kursus:
amali
·
Hapuskan amali, terapkan nilai-nilai
murni dan banyakkan dorongan serta cadangan untuk mencapai kejayaan dalam
kursus tersebut.
TAKRIFKAN
MASALAH (DEFINE THE PROBLEM)
·
Takrifkan masalah dengan tepat
·
Masalah ‘Hidup di asrama banyak
gangguan emosi’
·
Penyelesaian: sesi kaunseling dengan
pelajar yang mengalami masalah emosi
SINGKIRKAN
KECACATAN (REMOVE FAULTS)
·
Kenal pasti semua kecacatan yang ada
lalu singkirkan kecacatan-kecatatan berkenaan.
·
Kecacatan: Masalah guru yang lambat
atau tidak masuk mengajar di dalam kelas
·
Penyelesaian: Guru besar membuat
mesyuarat dan menasihati guru supaya jangan ponteng waktu mengajar.
KOMBINASI
(COMBINATION)
·
Gabungkan beberapa perkara menjadi
sesuatu yang bernilai tambah
·
Gabungan idea kuih dan sambal daging
: kuih cara berlauk
KEPERLUAN
(REQUIREMENTS)
·
Mengenal pasti semua keperluan
situasi supaya idea yang dibentuk menepati keperluan-keperluan berkenaan.
·
Keperluan pelajar yang berpindah
sekolah: bergaul dengan rakan-rakan baru, menyesuaikan diri dengan keadaan
sekolah baru, bertanya guru tentang sukatan pembelajaran yang sudah lepas.
PENILAIAN
(evolution)
·
Menilai sama ada idea tersebut boleh
dilaksanakan atau tidak, sama ada keperluan yang ada dipenuhi dan apa
kelemahannya
·
Untuk mengatasi buta IT, ‘KELAS
KOMPUTER’ dijalankan kerana menepati keperluan.
·
Keperluan: zaman berteknologi
tinggi, negara semakin maju, melahirkan rakyat yang celik IT.
kalau nak cort 2 blh ke?
ReplyDeleteEmperor Casino: How to Become a Casino Successive
ReplyDeleteLearn 제왕카지노 how to become a casino deccasino successful by playing your favorite slot machines, including the latest online slots and jackpot games. Rating: 4 메리트 카지노 고객센터 · 4 reviews