PENGURUSAN GRAFIK

PENGURUSAN GRAFIK




Pengenalan

           Pengurusan membawa erti perihal mengurus dan mentadbir sesuatu yang berkaitan tanggungjawab dan selok-belok kerja.(Kamus Dewan:1529) Manakala grafik pula bererti maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan,gambar rajah, simbol danseumpamanya untuk menyatakan atau menyampaikan idea. Selain itu juga, grafik adalah lukisan-lukisan pada susunan halaman dalam majalah (buku, surat khabar dan sebagainya). (Kamus Dewan: 413).



          Menurut Listrom (1994), grafik ialah ilustrasi dan gambar berupaya bercerita, menarik perhatian dan menggambarkan orang, tempat atau benda. Beliau juga mengulas bahawa grafik boleh ditunjukkan menggunakan teknik carta, graf atau rajah dengan menyediakandimensi maklumat kepelbagaian secara visual.

          Rockley (1994), menyatakan bahawa grafik menunjukkan maklumat terperinci. Ia bergambar dan berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu. Dapatlah difahami bahawa pengurusan grafik membincangkan kaedah-kaedah atau perihal mengurus sesuatu kerja yangmelibatkan teknik mengolah, memaparkan, mencipta, mencetak dan menghasilkan imej ataulukisan (lukisan, gambar rajah, simbol dan seumpamanya) (Kamus Dewan: 413)

          Pengurusan grafik merupakan alat yang boleh membantu kita dalam mentadbir maklumat yang kita terima dan dapat diolah ke dalam bentuk visual yang lebih menarik. Ia merupakan suatu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan sama ada untuk merancang, mengurus,meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea, pemikiran dengan lebih sistematik, jelas dan berkesan. Grafik merupakan sebuah lukisan, pencetakan, gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau teknik komputer. Teknik ini dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin komputer.


Jenis-jenis Pengurusan Grafik

1) Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza.

§  Pengurusan grafik ini amat berguna untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan.
§ Ia boleh digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan perbezaan di antara dua konsep atau tajuk.





2) Pengurusan Grafik Membuat Kategori.

v Dengan berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat membuat analisis dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kels yang sama.










3) Pengurusan Grafik Meneliti Bahagian Kecil dan Keseluruhan.

C Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan.

C Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap  bahagian itu  berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.






4) Pengurusan Grafik Meramal Kesan dan Akibat.

*  Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh.

*  Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tetentu bagi semua mata pelajaran.


5) Pengurusan Grafik Mengusul Periksa Andaian.

ª   Memeriksa sesuatu andaian, sebelum bertindak. Bertujuanmengelakkan daripada membuat keputusan yang merugikan.

ª   Kemahiran ini boleh dilakukandengan cara pengurusan lisan atau pengurusan grafik.








Faedah Menggunakan Pengurusan Grafik dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Jika pelajar diberi peluang menggunakan pengurusan grafik, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih berkesan,dan objektif yang dirancangkan akan mudah dicapai. Ini kerana melalui penggunaan pengurusan grafik, aspek-aspek berikut akan dicapai.

1.   Tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran lebih jelas.

2.   Tugas yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dilakukan.

3.   Dapat digunakan sebagai alt mecetus idea dan menyusun maklumat untuk penulisan dan lisan.

4.   Dapat memupuk pemikiran analitis, kritis dan kreatif.

5.   Menjadikan kandungan pelajaran lebih bermakna.

6.   Pelajar terlibat secara aktif dalam mengemukakan cadangan dan menguji hubungkait antara maklumat.

7.   Mengawal proses pemikiran yang bersesuain dengan pengurusan grafik yang mengambarkan proses pemikiran, pelajar dibimbing untuk berfikir secara analitis dan krisis. Pengurusan grafik jenis ini digunakan bersama-sama peta lisa, iaitu soalan-soalan yang membimbing pelajar mengisi borang-borang pengurusan grafik.








Comments

  1. Bangg tak nampak la yang gambar Pengurusan Grafik Mengusul Periksa Andaian. boleh upload yg clear tak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Alat-alat CoRT

Pengenalan Alat-alat Berfikir