Posts

Pengenalan Alat-alat Berfikir

Image
      Pengenalan                                    Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang   membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Dengan  menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih  tersusun, jelas dan mudah difahami. Terdapat beberapa alat-alat  berfikir  dalam membuat nota .  Marilah kita terus lihat yang dikategorikan : Pengurusan Grafik Teknik Menyoal Aras Tinggi Peta Minda Pemetaan i-Think  Alat-alat CoRT 1     
VIDEO TENTANG PENGURUSAN GRAFIK

PENGURUSAN GRAFIK

Image
PENGURUSAN GRAFIK Pengenalan            Pengurusan membawa erti perihal mengurus dan mentadbir sesuatu yang  berkaitan tanggungjawab dan selok-belok kerja.(Kamus Dewan:1529) Manakala grafik pula bererti maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan,gambar rajah, simbol dan seumpamanya untuk menyatakan atau menyampaikan idea. Selain itu juga, grafik adalah lukisan-lukisan pada susunan halaman dalam majalah (buku, surat khabar dan sebagainya). (Kamus Dewan: 413).           Menurut Listrom (1994), grafik ialah ilustrasi dan gambar berupaya bercerita, menarik  perhatian dan menggambarkan orang, tempat atau benda. Beliau juga mengulas bahawa grafik boleh ditunjukkan menggunakan teknik carta, graf atau rajah dengan menyediakandimensi maklumat kepelbagaian secara visual.           Rockley (1994), menyatakan bahawa grafik menunjukkan maklumat terperinci. Ia  bergambar dan berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu. Dapatlah difahami bahawa pengurusan grafik membinc

Teknik Menyoal Aras Tinggi

Image
Teknik Menyoal Aras Tinggi William Wilen dari Kent State University, USA telah menyatakan bahawa seseorang pelajay yang bertanya adalah seseorang yang berfikir. Kindsvatter (1992): sekiranya soalan yang ditanya beraras kognitif tinggi, bermakna ia sedang berfikir pada aras yang tinggi. Soalan merupakan alat berfikir yang sering digunakan dalam bilik darjah. Ia boleh digunakan sebagai alat rangsangan untuk mendapatkan maklumat, meninjau kefahaman, mencungkil minat, menilai kebolehan dan pencapaian seseorang. Justeru, usaha untuk meningkatkan KBKK soalan yang berasas tinggi harus diperkembangkan. Soalan yang ditanya haruslah berdasarkan kata tanya, iaitu “5W1H”. Aras kognitif rendah: What (Apa), Who (Siapa), Where (Di mana), When (Bila) Aras kognitif tinggi: Why (Mengapa), How (Bagaimana) Tujuan: melibatkan pelajar dalam pelajaran memperkembang proses berfikir mengumpul dan menganalisis maklumat menggalakkan cetusan dan penggunaan idea menimbulkan minat memotivasi

Peta Minda

Image
Peta Minda - Diasaskan oleh Tony Buzan (1984) -  Fungsi :       i)   Cara mencatat nota dengan ringkas dan kesan     ii)  Peningkatan  daya ingatan semasa belajar     iii) Mudah mengenalpasti dan memahami pembelajaran.   - Ia menggunakan anak panah, warna yang pelbagai dan kod-kod yang istimewa , ia juga  mengikat kepelbagaian kemahiran berhubung penggunaan korteks yang melibatkan perkataan, imej, nombor, logic, muzik, warna, kepekaan ke atas ruang dengan berkesan.    - Menghubungkaitkan suatu konsep,   perkara,   perkataan, kata kunci   yang mempunyai perkaitan. - Dapat menjimatkan masa untuk mengulang kaji pelajaran. - Contohnya, peta minda digunakan untuk membuat faktor-faktor,   sebab, kaedah atau kepentingan.   Garis panduan membina peta minda:     1)Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea    2) Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau  penerangan tentang tajuk   3) Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang   tertentu   

Video Cara Buat Peta Minda

Pemetaan i-Think

Image
Pemetaan i-Think i-Think bermaksud pemikiran inovatif yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran belajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah, iaitu di 6 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Sebab penciptaan pemetaan i-Think? Kajian yang telah dijalankan oleh TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan PISA (Programmes for International Student Assessment) mendapati bahawa kedudukan Malaysia semakin menurun dalam sebjek bahasa, Sains dan Matematik. Menurut kajian tersebut, kebanyakan pelajar pada hari ini hanya mempunyai pengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasinya. Pelajar perlulah dilatih untuk membuat analisis dan perbincangan. Program i-Think bertujuan untuk melahirkan modal insan